PARTI Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan pengunduran daripada Perikatan Nasional (PN) hari ini diharap tidak lagi bergantung semata-mata untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.
Malah, Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut mengingatkan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee bahawa jawatannya sebagai ADUN dilantik itu adalah atas ihsan PN pada tahun 2020.
Pada masa sama, Ronald turut ‘berharap’ SAPP mampu memenangi kerusi sekiranya diberi ruang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Beliau berkata, SAPP tidak mempunyai hak untuk menghalang PN bertanding dalam PRN Sabah.
Namun begitu, Ronald mengucapkan selamat maju jaya kepada SAPP yang membuat keputusan tersebut.
“Itu pun kalau mereka diberi kerusi oleh Gagasan Rakyat Sabah (GRS) memandangkan semua parti dalam itu pun rebut kerusi sama…macam Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Sabah pun fokus DUN ramai pengundi Cina.
“Belum lagi kalau Pakatan Harapan (PH) masuk kerjasama, jadi saya harap mereka tidak lagi jadi ADUN dilantik dan duduk dua kolam.
Baca artikel lain: SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional
“Mereka tentu tidak lupa PN menang 11 kerusi PRN lalu (sebelum beralih ke GRS), malah kerusi tunggal SAPP sebagai ADUN dilantik adalah ihsan dari PN,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.
Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah adalah antara enam ADUN dilantik selepas PRN Sabah 2020 yang menyaksikan kerjasama PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah menewaskan Warisan Plus.
Terdahulu, SAPP mengumumkan secara rasmi telah menarik diri daripada PN dengan keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu.
Menurut Teck Lee, pendirian PN yang dilihat jelas ingin bertanding dalam PRN Sabah akan datang bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi DUN Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan negeri itu.
SAPP adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

