KERAJAAN Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan negeri itu yang mencecah RM2 bilion buat kali pertama tahun ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, Program Bantuan Kasih Johor itu bakal memanfaatkan 280,000 keluarga miskin dan kurang berkemampuan di seluruh negara itu.
Menurut beliau, sebanyak 5,000 bakul makanan akan diagihkan kepada semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berfasa bermula penghujung tahun ini.
“Barangan asas yang diberikan dalam bakul ini termasuklah beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan sardin.
“Semasa balik ke kawasan Simpang Renggam, saya berkesempatan melancarkan Program Bantuan Kasih Johor bagi DUN Machap dan Layang-Layang,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Onn Hafiz harap hubungan kerajaan negeri dan media diperkukuh
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, penyaluran bakul makanan bagi program itu akan dijalankan secara berfasa menerusi lima peringkat bermula bulan ini hingga Januari depan.
Kata beliau, perkara itu bagi memastikan pengurusan logistik berjalan lancar dan bekalan barangan kawalan dapat disediakan mengikut keperluan.
“Setiap fasa melibatkan penghantaran 1,000 bakul kepada setiap DUN.
“Kerajaan Negeri Johor terus komited bagi memastikan golongan rentan di negeri ini mendapat perhatian yang sewajarnya.
“Semoga inisiatif baik ini mampu mengurangkan beban kos sara hidup bangsa Johor serta menoktahkan miskin tegar. Insya-Allah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

