PASUKAN petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini, beliau berkata laporan tersebut antara lain bertujuan menilai keberkesanan program RMT termasuk dari segi aspek kos dalam memastikan anak-anak golongan B40 mendapat nutrisi bertepatan dengan keperluan mereka.
“RMT adalah aspek dalam membudayakan pemakanan sihat dalam kalangan anak-anak kita. Naratif itu kena tepat dan kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan menu itu memenuhi semua nutrisi dengan dibantu pakar nutrisi.
Baca artikel lain: Belanjawan 2023: Kadar RMT ditambah kepada RM777 juta
“Selepas dilihat ada beberapa perkara yang perlu kita tambah baik, maka pasukan petugas RMT telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan laporan berkaitan akan dibentangkan pada 1 Mac tahun hadapan. Itu termasuk isu kos kalau berada dalam radar yang perlu dibincangkan,” katanya.
Untuk rekod, kadar untuk makanan bermasak program RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung, dan dinaikkan daripada RM3 kepada RM4 bagi pelaksanaan RMT di Sabah dan Sarawak, iaitu kadar itu berkuat kuasa 6 Nov 2022.
RMT dilaksanakan sejak 1979 bagi memastikan murid daripada keluarga susah memperoleh khasiat makanan yang diperlukan.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

