JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Pengarah JSPT Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“JSPT mengambil maklum pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) termasuk lain-lain konsesi lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.
Baca artikel lain: JKKK dalam satu daerah usah mohon projek serupa
“PLUS dalam kenyataan pada 17 Dis menjangkakan sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya dalam sehari, susulan pemberian tol percuma untuk semua kenderaan ringan bermula hari ini hingga esok selain kesempatan cuti persekolahan hingga penghujung 2024,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas seperti memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta mematuhi peraturan lampu isyarat merah.
Mohd Yusri turut menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

