LEBIH banyak inisiatif dalam memperkukuhkan ekonomi komuniti India akan dilaksanakan kerajaan tahun depan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia bagi membolehkan pembangunan ekonomi komuniti itu seiring dengan proses pembangunan negara seperti diarahkan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menyarankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mengusahakan lebih banyak lagi inisiatif untuk komuniti India.
“Pada masa sama, beliau juga menyatakan kepada saya untuk menggerakkan dan mengilhamkan lagi program yang dapat memberi manfaat melalui agensi kerajaan yang lain.
“Kerajaan MADANI di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup komited dalam pegangannya untuk membela harapan dan nasib semua bangsa di negara ini termasuk masyarakat India.
“Perdana Menteri melihat, mendengar dan membaca setiap perkembangan berkaitan dengan hal ehwal komuniti India di negara ini,” katanya dalam kenyataan sempena Tahun Baharu 2025 hari ini.
Baca artikel lain: Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan nama kerajaan – KSN
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, komitmen kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti India terserlah melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2024.
Katanya, setakat ini tujuh inisiatif diumumkan KUSKOP memberikan impak cukup baik dan untuk tahun depan, proses penambahbaikan dan tambah nilai akan dilaksanakan sebelum diumumkan yang pastinya memberi khabar gembira.
“Harapan saya hanyalah, pastikan segala program, inisiatif yang diumumkan dapat dikongsikan termasuk cerita-cerita kejayaan.
“Jangan kita terpedaya dan terpengaruh dengan cerita-cerita ‘syok sendiri’ yang direka oleh kumpulan tertentu untuk kepentingan politik,” katanya.
Pada 2024, menerusi inisiatif Vanakam MADANI, Ramanan berkata kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada 90 rumah ibadat masyarakat India di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM3.17 juta.
Bagi pengukuhan ekonomi masyarakat India selaras kerangka Ekonomi MADANI, RM60 juta diperuntukkan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big, yang memberi manfaat kepada 2,370 usahawan dengan bantuan berjumlah RM57.977 juta, setakat 23 Disember lalu.
Ramanan berkata, dalam membangunkan bakat dan kemahiran, program Empowering Indian Entrepreneur (EIP 2024) turut dilancarkan bagi memberi fokus kepada latihan keusahawanan, kecerdasan buatan (AI), kewangan dan media sosial.
Beliau berkata, di peringkat koperasi, KUSKOP telah menganjurkan Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) yang disertai 200 koperasi dengan geran sehingga RM30,000 bakal disalurkan kepada yang layak tahun depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

