FORUM Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) yang bakal berlangsung pada 9 Januari ini akan menghimpunkan kira-kira 50 speaker terkemuka daripada pelbagai bidang.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kesemua mereka akan akan membincangkan isu penting seperti dasar kewangan untuk ekonomi mampan, teknologi hijau dan reformasi pendidikan dalam era digital.
Pada masa sama, katanya, setiap sesi akan disertai oleh Menteri Kabinet yang berkaitan untuk berkongsi inisiatif strategik dan pencapaian semasa.
“FEM2025 adalah platform untuk rakyat Malaysia dan komuniti global memahami visi serta langkah-langkah strategik dalam memacu kemajuan ekonomi negara demi kebaikan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran semua yang berminat untuk menyertai FEM2025 dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Pendaftaran kehadiran dan maklumat berkenaan atur cara boleh dilayari dengan menggunakan pautan berkaitan https://fem.ekonomi.gov.my/request-invitation; https://fem.ekonomi.gov.my/speakers dan https://fem.ekonomi.gov.my/agenda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

