RIBUAN ahli MIC dijangka menghadiri perhimpunan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, perhimpunan bertujuan untuk memberi sokongan kepada Najib bagi mendapatkan keadilan berkait Titah Adendum.
“Tiada agenda politik. Perhimpunan aman oleh ribuan rakyat Malaysia pada 6 Januari ini bagi menunjukkan solidariti kepada Najib,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perhimpunan berkenaan yang akan turut dihadiri Pas diadakan pada hari sama Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib mengenai perintah tambahan yang didakwa meletakkannya bawah tahanan rumah.
UMNO juga dijangka menyertai perhimpunan itu dengan lebih 200 bas membawa penyokong Najib ke Istana Kehakiman di Putrajaya.
Najib ketika ini menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman asal 12 tahun, susulan sabitan dalam kes SRC International.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

