Konsep musyawarah diterapkan Kementerian Komunikasi tingkat produktiviti

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi menerapkan konsep musyawarah bagi mendapatkan pandangan dan suara di semua peringkat seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meningkatkan lagi produktiviti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti kaedah penerapan konsep berkenaan di kementerian.

“Saya nampak pesanan Perdana Menteri untuk cari cara meningkatkan produktiviti dan bukan hanya bermuhasabah tetapi musyawarah mendapatkan pandangan dan suara daripada semua dalam pasukan.

“Ini saya minta di Kementerian Komunikasi, KSU kita teliti apa yang boleh kita lakukan supaya di peringkat unit yang terkecil dalam mana-mana jabatan (supaya) mutu dan produktiviti boleh diteliti dan ditambah baik,” katanya.

Baca artikel lain: Kepengerusian ASEAN beri limpahan manfaat, impak positif ekonomi negara – Fahmi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Live Feed Amanat Perdana Menteri 2025 bersama warga Kementerian Komunikasi, hari ini yang turut dihadiri timbalannya Teo Nie Ching dan Mohamad Fauzi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi berkata pesanan Perdana Menteri supaya perkhidmatan awam terus diperkasakan merupakan satu peringatan baik, sekali gus mengingatkan penjawat awam untuk sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka.

“Ini satu peringatan yang baik bahawa kita jangan sesekali sekadar berasa apa yang telah kita capai itu memadai tetapi kita perlu lakukan refleksi dan memikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan, mengatasi kelemahan dan kekurangan.

“Pada masa sama, jangan kita alpa ataupun culas atau lupa untuk berasa syukur atas apa yang telah kita berjaya lakukan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This