Pas tak berhasrat tarik balik seruan, Himpunan Solidariti Najib tak sanggah titah Istana Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS tidak berhasrat untuk menyemak kembali seruan untuk mengadakan Himpunan Solidariti untuk Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin depan.

Ia di sebalik gesaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta orang ramai tidak menyertai sebarang perhimpunan dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, parti itu menjunjung tinggi titah Istana Negara berhubung kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong itu berdasarkan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, kata beliau, Pas juga akur dan mendukung segala proses serta tatacara yang diperuntukkan di bawah undang-undang berhubung perkara tersebut melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Takiyuddin menegaskan, kehadiran ke Himpunan Solidariti untuk Najib itu tidak menyanggah mahu pun mengurangkan makna serta tujuan titah berkenaan mahu pun mana-mana peruntukan Perlembagaan atau mengganggu proses dan perjalanan Lembaga Pengampunan.

“Himpunan solidariti ini tidak lain melainkan bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan, selain menyokong semua usaha sah Najib untuk mendapatkan keadilan di bawah undang-undang mengikut kuasa dan prerogatif yang sama.

“Dengan itu, Pas tiada hasrat untuk menyemak kembali seruan yang telah dibuat berhubung kehadiran aman ahli-ahlinya pada hari, masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memaklumkan, tema himpunan itu sendiri berupa kehadiran secara aman rakyat jelata merentasi kaum dan fahaman ke suatu tempat awam iaitu mahkamah terbuka sebagai tanda solidariti terhadap Najib.

Baca artikel lain: UMNO junjung hormat titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib

Jelasnya, ia dilakukan pada saat-saat penentuan di mahkamah dalam usaha beliau mendapatkan hak, keadilan dan perlindungan terbaik bawah undang-undang atas kepercayaan bahawa kuasa prerogatif yang sama telah memberikan kelonggaran tertentu ke atas hukuman yang dijalaninya iaitu melalui dokumen yang dikenali sebagai Titah Adendum.

“Malangnya, timbul keraguan yang munasabah bahawa Titah Adendum ini, yang terhasil dari kuasa prerogatif institusi Yang di-Pertuan Agong kelihatan dikhianati dan disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa sehingga menafikan hak dan kelonggaran yang diberikan.

“Lalu memaksa Najib memohon kepada mahkamah melalui semakan kehakiman bagi suatu perintah agar kerajaan mengesahkan kewujudannya dan seterusnya mengambil tindakan lanjut selaras dengannya,” katanya.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataan menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kuasa prerogatif itu terkandung mengikut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Justeru, Istana Negara mengingatkan semua pihak untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta, menjadikan beliau bakal bebas pada 23 Ogos 2028.

Titah Adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu yang menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Addendum.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR bermesyuarat 12 Jun tentukan tarikh-tarikh penting

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada 12 Jun ini. Setiausahanya, Datuk...

More Articles Like This