SPRM tahan lelaki disyaki terlibat kes rasuah di PUSPAKOM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di ibu negara.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, penahanan lelaki berusia lingkungan 40-an itu adalah hasil kerjasama strategik antara suruhanjaya itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurut SPRM, individu berkenaan telah diserahkan JPJ, petang semalam dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: SPRM fokus banteras grand corruption, kembalikan aset negara pada 2025

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek akan direman di Mahkamah Putrajaya pagi ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan penahanan terbabit mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.

“SPRM menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti dan dipercayai rakyat,” menurut kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This