Enam pegawai pemeriksa kenderaan PUSPAKOM digantung tugas

Dari Penulis

ENAM pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata pihaknya memandang serius kes berkenaan dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku khususnya membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.

“Seperti yang sudah berkali-kali saya tegaskan, PUSPAKOM tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah. Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini.

“Hal ini termasuklah mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: SPRM tahan lelaki disyaki terlibat kes rasuah di PUSPAKOM

Beliau berkata, PUSPAKOM juga sedang melancarkan siasatan dalaman sekali gus memberi jaminan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan jenayah berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

“PUSPAKOM tidak akan melindungi sesiapa pun yang terbabit dengan jenayah rasuah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan daripada PUSPAKOM yang disyaki terbabit sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan yang dibongkar baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata enam pegawai pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM itu sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil manakala dua lagi, iaitu runner yang dilantik kumpulan enam pegawai berkenaan direman lima hari bermula hari ini hingga Sabtu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This