KERAJAAN menegaskan tidak pernah menyembunyikan perkara berkaitan Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sambil memberitahu, kerajaan berpegang kepada prinsip subjudis dalam hal ini selain mengambil nasihat Peguam Negara bagi mengelakkan daripada berlakunya prejudis.
“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok, saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak menerima, melihat atau pun dimaklumkan tentang dokumen tersebut.
“Dan saya percaya perkara ini oleh sebab ia melibatkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
“Maka kita perlu mengambil beberapa pandangan atau nasihat daripada Peguam Negara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Baca artikel lain: Pemandu bas parah, 8 cedera dalam kemalangan 8 kenderaan di Ayer Keroh
Sebelum ini, bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Zaid Ibrahim berkata, kegagalan kerajaan mendedah dan melaksanakan Titah Adendum yang dikurniakan kepada Najib merupakan satu ‘kecelakaan’ kepada negara.
Katanya, ini kerana tindakan menyembunyi dan ingkar kepada titah Yang di-Pertuan Agong tidak pernah berlaku di negara ini.
“Inilah satu kecelakaan yang tidak pernah berlaku di negara kita.
“Bila sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat tipu kita, menghilangkan benda yang ada, menyulitkan perkara yang sepatutnya diberitahu dan menidakkan hak seorang banduan yang juga bekas Perdana Menteri.
“Tak pernah berlaku skandal macam ini, jadi saya bangga dengan NGO dan parti-parti Melayu yang mengambil berat mengenai isu ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

