MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyangkal dakwaan kononnya beliau menyembunyikan Titah Adendum.
Dr Zaliha yang juga ahli Lembaga Pengampunan berkata, beliau menyedari kewujudan tuduhan terbabit selain menegaskan tidak menyembunyikan titah berkenaan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa saya sendiri pun seperti menteri-menteri lain tidak melihat dokumen yang disebut sebagai (titah) adendum itu dan saya tidak menyembunyikan apa-apa.
“Saya rasa itu menjawab persoalan berkenaan dan saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Sesi Temu Rapat Dr Zaliha bersama Persatuan, Wakil Masyarakat dan Organisasi Berkaitan Warga Emas Wilayah Persekutuan, hari ini.
Baca artikel lain: Insiden kematian kucing: Universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
Yang turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Sebelum ini, media melaporkan Dr Zaliha memaklumkan bahawa butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum memandangkan ia adalah sulit.
Kelmarin, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.
Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Selain itu, katanya, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

