Indonesia utamakan perpaduan ASEAN, tangani cabaran serantau dan global – Sugiono

Dari Penulis

INDONESIA akan terus mengutamakan perpaduan dan kepusatan ASEAN di rantau ini sambil menggalakkan sokongan lebih luas serta menghormati Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), kata Menteri Luar Indonesia Sugiono.

Berucap pada Kenyataan Akhbar Tahunan 2025 pada Jumaat, beliau berkata pentadbiran baharu di bawah Presiden Prabowo Subianto telah mengesahkan keinginan Indonesia untuk menjadi jiran yang baik, yang secara semula jadi bermula dengan rantau ASEAN.

“Dalam kumpulan geopolitik Asia-Pasifik semasa, keutamaan ini turut merangkumi pelaksanaan kewajipan undang-undang oleh negara rakan di luar rantau yang telah menyertai TAC,” katanya.

Sugiono turut menegaskan bahawa Indonesia akan berusaha secara aktif membantu menyelesaikan krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar.

Selain itu, Indonesia kekal komited menyokong perjuangan Palestin, menyediakan bantuan kemanusiaan, dan menyokong Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Baca artikel lain: Titah Adendum: BHEUU JPM tak terima pemakluman, arahan rasmi Istana Negara

Indonesia juga menyasarkan untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara Pasifik dengan menjadi rakan pembangunan yang setara, berlandaskan prinsip saling menghormati dan menghargai.

Sebagai anggota baharu BRICS, Indonesia akan memastikan ia berperanan sebagai jambatan antara kepentingan negara membangun dan rantau Indo-Pasifik, sambil aktif menangani ketegangan geoekonomi dan geopolitik yang semakin meningkat, kata Sugiono.

Mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Indonesia akan memainkan peranan utama dalam memacu pembaharuan multilateralisme untuk menyokong dan memperkukuh organisasi itu agar lebih relevan dengan keperluan semasa anggotanya.

“Ini termasuk sebuah seni bina kewangan antarabangsa yang berdaya tahan dan inklusif, serta memberi ruang kepada kepimpinan Selatan Global sebagai kuasa baharu mewakili 85 peratus populasi dunia,” katanya.

Sugiono berkata: “Langkah ini penting untuk menjadikan tadbir urus global lebih relevan dan memastikan ia tidak dikuasai golongan kaya dengan mengorbankan golongan miskin.”

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This