Kerajaan MADANI terus komited perhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI terus komited dalam merencana dan melaksana segala usaha bagi memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN tahun ini demi kemakmuran bersama rantau ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan terus melaksanakan segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara dan sosio-ekonomi rakyat.

Perdana Menteri turut menyatakan minggu ini sebagai minggu yang penuh bermakna dan produktif apabila beliau menerima kunjungan pemimpin Singapura, Indonesia dan Jepun.

“Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.

“Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran tersebut.

Selasa lalu, Anwar menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11.

Baca artikel lain: Kerajaan MADANI sentiasa berusaha menyelesaikan masalah pelabur – PM Anwar

Sesi Pemukiman tahunan ini, yang menjadi tonggak hubungan Malaysia-Singapura sejak diperkenalkan pada 2007, merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara kedua-dua negara.

Ia dianjurkan secara bergilir-gilir oleh kedua-dua negara dan berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama, menetapkan keutamaan strategik, serta meneroka inisiatif baharu yang membawa manfaat bersama.

Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Niat mengenai pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar, serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan.

Selepas itu, Anwar turut menerima kunjungan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Khamis lalu dengan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.

Pertemuan itu diadakan semasa majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

Lawatan pemimpin negara kemudiannya diakhiri dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba selama dua hari ke negara ini mulai Khamis lalu.

Ia merupakan lawatan pertama Ishiba ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This