‘Jangan jadikan miskin alasan tolak MRSM’ – Asyraf Wajdi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menerusi Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi meningkatkan para pelajar yang datang daripada keluarga miskin tidak menolak tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Ujarnya, jangan jadikan apa juga alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana pihak Mara akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran MRSM. InsyaAllah saya dah minta MARA dan semua 57 MRSM bantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Seramai 8,909 pemohon berjaya ditawarkan mengikuti pengajian ke MRSM bagi kemasukan tahun ini.

Asyraf Wajdi berkata sebanyak 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu, manakala 1,680 tempat pula disediakan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat.

Baca artikel lain: Tiada kompromi bagi pesalah jenayah pemalsuan kad pengenalan – Saifuddin

Beliau berkata, untuk kemasukan tahun ini, MARA menerima 93,635 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat, dengan semua pemohon diwajibkan melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Katanya lagi, Mara masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40), keutamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This