AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menzahirkan kehairanan apabila ada pihak yang menyalahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam isu logo halal pada produk sandwich ayam ham dan keju di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Mohd Noor Helmy menerusi hantaran di media sosial turut mempertikaikan sama ada pihak-pihak yang lain tidak cakna ketika membeli produk sandwich tersebut.
“Yang pemborong beli dari pengilang tak reti nak check dulu? Yang peruncit beli dari pemborong tak reti nak check dulu? Yang pengguna beli dari peruncit tak reti nak check dulu?
“Tiba-tiba JAKIM dipersalahkan. Padahal JAKIM tahu pun tidak produk tu di pasaran. Yang benarnya semua dari kita dah longgar. Sehingga ada yang mudah ambil kesempatan dengan mengambil apa yang sempat,” katanya.
Terdahulu, roduk makanan ‘ham dan cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di UM didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.
Kata JAKIM, pemeriksaan terhadap produk itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

