Gag order: Adakah kerajaan begitu takut dengan pendapat rakyat? – MCA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LANGKAH kerajaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah larangan bersuara atau ‘gag order’ adalah satu langkah kebelakang dalam perjuangan kebebasan hak bersuara.

Ia juga bakal menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sebelum ini menguar-uarkan prinsip ketelusan dan keterbukaan dalam urus tadbir mereka.

Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low menegaskan, isu tersebut telah pun menjadi pengetahuan umum dan juga melibatkan kepentingan awam, keadilan kehakiman serta integriti kerajaan.

Jelasnya, tindakan memohon perintah larangan bersuara hanya memberi gambaran seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu dengan menggunakan alasan isu sensitif.

“Kebebasan bersuara merupakan asas penting kepada sesebuah masyarakat demokratik dan mana-mana langkah untuk menafikan hak ini seakan menindas kepentingan rakyat dan melanggar prinsip Madani.

“Adakah kerajaan begitu takut dengan pendapat rakyat sehingga terpaksa menggunakan langkah sedemikian?

Baca artikel lain: Sektor pertanian terus dipacu ke arah keterjaminan makanan mampan – Mohamad Sabu

“Ditekankan, pemantauan rakyat adalah salah satu langkah penting dalam memastikan integriti dalam kerajaan dan sistem kehakiman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Low menambah, pelaksanaan perintah larangan bersuara juga akan menyebabkan ketidakpuasan hati dan perasaan syak wasangka dalam kalangan rakyat, di samping menjejaskan keyakinan mereka terhadap kerajaan.

“Ditegaskan, MCA menghormati keputusan mahkamah, namun langkah kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara jelas sekali bercanggah dengan prinsip demokrasi dan Madani.

“Tambahan lagi, perhatian rakyat terhadap permohonan semakan Titah Adendum ini adalah satu perkara baik, kerana keterbukaan dan ketelusan ini sudah tentu akan memenangi kepercayaan dan sokongan rakyat.

“Sebaliknya, mana-mana langkah untuk mengawal rakyat sudah tentu akan membawa padah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This