Lelaki mengaku bersalah miliki pakaian seragam lencana polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sepang kerana memiliki sepasang pakaian seragam pengawal peribadi yang menggunakan lencana kolar milik Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G. K. Shan Gopal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu telah dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 pada pukul 9 pagi kelmarin.

“Tertuduh telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda.

“Kes telah selesai sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan di kawasan sebuah pasar raya dekat Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi pada Ahad lalu, pukul 5 petang.

Jelasnya, tangkapan dilakukan ke atas suspek yang ketika itu sedang memandu sebuah kereta Proton Gen 2 dan pemeriksaan telah menemui peralatan milik PDRM.

Suspek ketika itu juga gagal memberikan alasan munasabah bagaimana memiliki barangan tersebut.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif dan semakan mendapati memiliki tiga rekod lampau berkait kesalahan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This