Keputusan DNA sandwic ‘ham and cheese’ dijangka esok

Dari Penulis

KEPUTUSAN ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sampel produk sandwic ‘ham and cheese’ yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis Isnin lalu dijangka diketahui esok.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

“Dijangka esok,” katanya ringkas.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan laporan sampel produk sandwic ‘ham and cheese’ itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Justeru, kata beliau, semua pihak perlu menunggu pengumuman daripada KPDN terhadap sampel yang sudah dihantar itu.

Baca artikel lain: Isu sandwic ‘ham and cheese’: Sijil halal pembekal tak melayakkan suatu produk diperakui halal – Jakim

Isnin lalu, media melaporkan sampel produk sandwic ‘ham and cheese’ yang didapati menyalah guna logo halal, sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa, bagi mendapatkan laporan status ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDN Datuk Azman Adam, dilaporkan berkata ujian itu dibuat bertujuan mengesan sama ada terdapat DNA babi dalam produk makanan berkenaan atau sebaliknya.

Beliau dilaporkan berkata, pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap syarikat yang disiasat berkaitan produk sandwic sudah dibuat untuk pembuktian kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This