Fahmi luang masa ziarah pemimpin, bekas pemimpin PKR Kelantan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang bekas pemimpin dan seorang pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau berkesempatan bertemu bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Intan Rohani Tan yang pernah menjadi Ahli Majlis Wanita PKR pertama di negeri itu, serta pernah menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Pusat.

Beliau memaklumkan turut sempat melawat Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Tumpat, Nakri Ismail yang mengidap angin ahmar.

“Semoga rakan-rakan KEADILAN Kelantan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang meluas dan dipermudah segala urusan. Insya-Allah, semoga kita bertemu lagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This