KK Mart Universiti Malaya disimbah cat merah

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian sebuah kedai serbaneka disimbah cat merah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 12.50 tengah malam.

“Laporan mengenai kejadian telah dibuat pada pukul 8 pagi tadi.

“Pengadu yang merupakan polis bantuan di universiti terbabit telah dimaklumkan oleh pekerja kedai bahawa terdapat kesan cat merah di hadapan pintu kedai,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, premis terbabit telah terpalit dalam kontroversi berhubung penjualan sandwic ‘ham & cheese’ yang didakwa menggunakan logo halal secara tidak sah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This