KEMENTERIAN Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata lokasi kawasan perindustrian itu dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
“Hasrat kita adalah untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan ini kerana manfaat 5G untuk syarikat perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) adalah sangat tinggi.
“Oleh itu, kami ingin memastikan kilang-kilang ini dapat menikmati manfaat kesalinghubungan yang pantas melalui 5G,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Hala Tuju Strategik Kementerian Komunikasi 2025 hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Baca artikel lain: Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat juga meningkat antara dua hingga tiga peratus setiap bulan, dan hampir mencapai 53.3 peratus di seluruh negara.
Fahmi turut menekankan komitmen Kementerian Komunikasi untuk memastikan masyarakat di kawasan pedalaman menerima kemudahan sekurang-kurangnya liputan 4G sebelum ditingkatkan kepada 5G.
“Sebelum ini, kita telah melaksanakan Program Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa Satu yang dijadualkan untuk menyelesaikan kesemua 1,661 menara menjelang Jun tahun ini, sebagai langkah pertama.
“Langkah kedua, saya jangka antara dua rangkaian 5G, mereka akan melihat hubungan strategik untuk membolehkan menara-menara di kawasan pedalaman ini dimanfaatkan untuk tujuan 5G,” katanya.
Katanya Program Jendela Fasa Dua akan melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 lokasi di kawasan pedalaman yang masih tiada kemudahan internet.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

