Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk itu, pihaknya memerlukan sedikit masa lagi untuk melakukan libat urus dengan teliti sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan.

“Bagi kami, kepentingan pengguna, petani, pengilang dan pengedar, semua ini perlu dijaga kerana mereka ada peranan masing-masing sebab itu kita sedang buat libat urus dengan lebih panjang.

“Kita juga akan berbincang bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan persetujuan beliau, kita akan buat perubahan diperlukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2024 hari ini.

Baca artikel lain: PM teguh perjuangkan kebebasan kehakiman, kata Setiausaha Politik

Mohamad berkata perbincangan bersama Perdana Menteri itu akan dimulakan seawal minggu pertama persidangan Parlimen tahun ini, selain menyatakan kesediaan untuk menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu berkenaan pada persidangan itu nanti.

“Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak, kalau tuntutan padi misalnya, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40, semua ini akan dibincangkan bersama NACCOL,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This