YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan mengenai buli siber dalam dan luar talian serta Akta Keselamatan Dalam Talian.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pindaan akta itu akan diwartakan dalam tempoh terdekat bagi menangani isu ancaman dan keselamatan siber.
“Semalam, saya dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong sudah perkenan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan mengenai buli siber dalam dan luar talian serta Akta Keselamatan Dalam Talian.
“Selepas ia diwartakan, insya-Allah kita akan berupaya untuk menangani beberapa masalah termasuk pedofilia dalam talian, jenayah seksual terhadap kanak-kanak, buli siber dan juga masalah berkaitan,” katanya dalam Majlis Pelancaran ChatBot AIFA, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, jumlah berita palsu yang dikesan melalui semakan fakta sepanjang 2024 mencecah hampir 20,000, yakni jumlah yang membimbangkan.
Katanya, pada tahun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memohon pelbagai platform media sosial untuk menurunkan 19,546 kandungan berita palsu.
“Daripadan jumlah itu, 17,245 kandungan telah diturunkan yang mana platform-platform tersebut mengaku dan bersetuju bahawa kandungan itu adalah berita palsu.
“Pada tahun ini setakat 27 Januari, MCMC telah memohon sebanyak 1,575 kandungan berita palsu untuk diturunkan dan hasilnya, platform-platform terlibat bersetuju untuk menurunkan 1,233 berita palsu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

