Tertekan pedal minyak punca lelaki pandu WRV rempuh tembok parkir Hospital Serdang

Dari Penulis

PEMANDU Honda WRV tertekan pedal minyak sebelum merempuh tembok di aras 3 parkir bertingkat Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pukul 1.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu lelaki Melayu berusia 39 tahun itu terbabas semasa memasuki kawasan parkir dan kemalangan telah menyebabkan tembok penghalang pecah.

Beliau berkata, serpihan batu tembok tersebut turut telah terkena pada sebuah kereta Toyota Avanza yang berada di bawah parkir tersebut.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan berlaku atas kecuaian sendiri kerana tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sebelum hilang kawalan lalu melanggar tembok,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Norhizam berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh membawa kegusaran awam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.25 petang.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati Honda WRV telah terbabas melanggar tembok parkir bertingkat.

“Mangsa telah keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba,” katanya.

Tambahnya, komander operasi telah mengarahkan anggota bomba membantu pihak penunda kenderaan membuat kerja menarik kereta di tempat yang selamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This