PASUKAN pengaman Malaysia yang berkhidmat di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.
Kementerian turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia yang turut diakreditasi ke DRC, manakala Kementerian Pertahanan menilai keadaan dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara terbabit.
“Rakyat Malaysia yang bercadang melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan menangguhkan rancangan mereka sehingga situasi keselamatan kembali stabil,” kata kenyataan itu.
Baca artikel lain: Perjanjian gencatan senjata bolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan – Wisma Putra
Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia menerusi telefon di (+264-61) 259 342 / (+264-61) 259 344 atau e-mel [email protected].
Kementerian Luar menegaskan, pihaknya akan terus memantau perkembangan dan memberi maklumat terkini apabila perlu.
Menurut laporan media antarabangsa, pengambilalihan oleh pemberontak M23 yang disokong Rwanda memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
Laporan menunjukkan lebih 2,000 mayat perlu dikebumikan dan sekurang-kurangnya 900 orang terbunuh dalam pertempuran baru-baru ini.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

