PEMPENGARUH media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pempengaruh tempatan yang menghasilkan kandungan media sosial, mendakwa seorang rakan mereka ‘hilang’ dalam hutan di Indonesia.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan menyerahkan isu itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan lanjut.
“(Oleh kerana) ini melibatkan kejadian di luar negara, saya minta rakan-rakan media rujuk dengan Wisma Putra.
“Bagi pempengaruh yang hasilkan content untuk tontonan mereka, nasihat saya ialah berpada-pada, jangan keterlaluan dan biarlah ini kita mengambil ibrah atau pengajaran daripada apa yang berlaku untuk memperbaiki.
Baca artikel lain: 3,149 titik akses Wi-Fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama – Fahmi
“Mungkin cara kita menghasilkan content, kadang-kadang ialah ia bukan seperti yang diceritakan dalam content itu, tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.
“Saya dapati ada beberapa pempengaruh lain yang telah mendapatkan pengesahan tertentu, tapi sekiranya dia (isu ini) melibatkan badan-badan penguatkuasaan, maka kita serahkan kepada badan-badan tersebut untuk lakukan siasatan.
“Peringatan saya walaupun kita tidak melesenkan pempengaruh, mereka yang menghasilkan content tapi kita harus mengambil pengajaran dan tidak menghasilkan ataupun tidak bertindak sedemikian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya sama ada kerajaan menerima sebarang laporan berkenaan pempengaruh itu dan sama ada kementerian bakal mengambil sebarang tindakan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

