JPJ panggil semula 41,688 kereta babit Honda, Kia, Ford, Audi, Mercedes dan MAN TGS

Dari Penulis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memanggil semula 41,688 buah kenderaan daripada enam jenis buatan iaitu Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, aktiviti pemanggilan semula ini adalah penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan tersebut.

“Model kenderaan yang terlibat dalam pemanggilan ini adalah Honda Civic dan CR-V sebanyak 36,678 unit kerana bunyi yang tidak normal serta pusingan tidak lancar pada stereng semasa membelok.

“Selain itu Kia Sorento XM sebanyak 4,245 unit kerana kerosakan pada rod bearing penyambung enjin dan kenderaan mungkin mengalami litar pintas elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran pada ‘circuit board Hydraulic Electronic Control Unit’ (HECU).

“Sementara kenderaan MAN TGS sebanyak 291 unit dipanggil kerana masalah pada soket 24V dalam panel instrumen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebanyak 288 unit kenderaan jenis Ford pula dipanggil kerana bateri e-shifter habis sewaktu pemandu dan tingkap bahagian pemandu atau penumpang tidak boleh terbalik secara automatik apabila menghadapi objek.

“168 unit Audi e-tron GT serta RS e-tron GT pula mengalami masalah rekahan pada hos brek bahagian gandar hadapan dari masa ke semasa dan beberapa modul individu bateri voltan-tinggi yang tidak normal.

“Sementara 18 unit kenderaan Mercedes Benz dan AMG pula dipanggil kerana kawalan lambda dalam perisian unit kawalan enjin yang mungkin tidak memenuhi spesifikasi serta masalah penyambung elektrik untuk rangkaian pendawaian transmisi mungkin tidak dihasilkan dengan betul,” ujarnya.

Beliau berkata, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

“Oleh itu, semua pemilik kenderaan model yang terbabit adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses panggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Tambahnya, mana-mana komponen yang terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula itu, pemilik kenderaan boleh hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan/perkhidmatan masing-masing yang berdekatan.

JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terbabit akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PH perlu menangi hati rakyat Johor, bukan sekadar kempen – Fadhlina

JENTERA Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya turun padang menyantuni rakyat dan menjelaskan pencapaian kerajaan, bukan sekadar bergantung kepada kempen...

More Articles Like This