Jangan polemikkan Jawatankuasa HARMONI, bilangan keanggotaan sama sejak Januari 2021 – Jakim

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak mempolemikkan jumlah keanggotaan ahli Jawatankuasa HARMONI sehingga boleh membangkitkan kegelisahan awam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan, jawatankuasa itu bukanlah satu jawatankuasa baharu yang ditubuhkan.

Malah, kata beliau, bilangan keanggotaan dan komposisi jawatankuasa itu adalah sama sejak Januari 2021 iaitu 10 wakil Islam manakala 15 wakil bukan Islam.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran di media sosial yang cuba ditularkan berhubung keahlian Jawatankuasa HARMONI.

“Ia telah bermula sejak 14 Ogos 2020 selepas penjenamaan semula daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan bermula tahun 2010 hingga 2019.

“Fungsi jawatankuasa ini antaranya mencadangkan kepada kerajaan berhubung pelaksanaan strategi yang bersesuaian dan berteraskan nilai-nilai murni keagamaan demi meningkatkan kefahaman dan keharmonian mengenai kepelbagaian agama serta melaksana secara bersama aktiviti-aktiviti kesedaran dan keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tiada kompromi kepada pihak gugat keharmonian kaum – Aaron

Semalam, seramai 25 tokoh agama dilantik sebagai ahli Jawatankuasa HARMONI.

Mereka terdiri daripada 10 wakil Islam, Buddha (empat), Kristian (empat), Hindu (dua), Tao (dua) dan masing-masing satu wakil bagi Sikh, Bahai serta Unit Lain-lain Agama (UNIFOR), Sarawak.

Antara yang dilantik ialah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty; bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Seri Zaleha Kamarudin; Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil; Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin dan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Turut dilantik, Naib Presiden Persatuan Buddha Malaysia, Chuan Yuan; tokoh Buddha, Sing Kan; Pengerusi Persekutuan Kristian Evangelikal Nasional (NECF), Dr Eu Hong Seng dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Philip Thomas.

Selain itu, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Tan Sri R Nadarajah; Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Sardar Jagir Singh Arjan Singh; Presiden Persekutuan Persatuan Tao Malaysia, Tan Hoe Chieow dan Pengarah UNIFOR, Datuk Georgina Apphia Ngau turut dilantik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This