SEORANG penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Subang-Sungai Buloh pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kemalangan pada pukul 6.15 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa telah terbabas ketika menunggang motosikal sendirian menghala pulang dari Kota Damansara ke rumah di Manjalara, Kuala Lumpur.
“Akibat daripada itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan dilanggar beberapa buah kenderaan.
“Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mangsa dibawa ke Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-3940423.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

