Perdana Menteri menghadap Raja Bahrain, perteguh hubungan akrab kedua-dua negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa di Istana Sakhir sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, sesi menghadap itu menjadi wadah untuk terus memperteguh hubungan akrab kedua-dua negara.

Menurut beliau, hubungan tersebut diperkukuh menerusi pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama khususnya pelaburan dan perdagangan.

Anwar turut menaruh keyakinan bahawa hubungan baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad turut memainkan pengukuhan kerjasama kedua-dua negara sekali gus membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat.

“Saya menzahirkan penghargaan kepada baginda atas layanan yang cukup baik oleh Kerajaan Bahrain kepada delegasi Malaysia sepanjang lawatan rasmi ini.

“Visi dan kebijaksanaan baginda dalam memimpin pertumbuhan Bahrain menjadi aspirasi buat saya untuk terus bekerja keras memacu Malaysia ke arah kebaikan dari segenap aspek.

Baca artikel lain: Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang – PM

“Semoga Allah SWT memberkati Raja Hamad serta seluruh rakyat Bahrain dan mudah-mudahan hubungan kedua-dua negara akan terus dipertingkat, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Perdana Menteri tiba di Manama, Selasa lalu untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al-Khalifa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan bertemu rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa dan mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.

Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islam, yang dihadiri 298 ulama dari 75 negara.

Bahrain, negara Teluk pertama yang menemui minyak pada tahun 1932, merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat tahun lepas, manakala Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara-negara ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada tahun 2023.

Selain minyak, kilang pemprosesan aluminium terbesar keempat di dunia juga terletak di Bahrain, yang merupakan eksport utama mereka ke Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This