POLIS kini menyiasat dakwaan suspek yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan bagi mengesahkan kesahihan sekiranya kad OKU tersebut adalah milik suspek atau orang lain.
Mengulas lanjut, kejadian berlaku apabila pengadu membawa dua orang anaknya ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
“Salah seorang anaknya telah dicabul oleh seorang lelaki seperti yang tular di media sosial.
“Ekoran kejadian, suspek berusia 19 tahun yang tidak bekerja telah ditahan di kawasan Batang Kali pada tengah hari tadi dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.
Jelasnya lagi, mangsa dan suspek tidak mengenali antara satu sama lain.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Terdahulu UtusanTV melaporkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Sabtu bagi permohonan reman.
Sejak pagi tadi tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup aksi seorang lelaki dilihat memasuki ruang solat wanita ketika solat subuh sebelum bertindak membawa keluar mangsa.
Pemuda itu dilihat mencabul kanak-kanak terbabit sebelum beredar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

