Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tak berubah pagi ini

Dari Penulis

SITUASI banjir di Negeri Sembilan dan Pahang tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri kekal 133 orang, setakat 8 pagi.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D’Sury.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kesemua mangsa merupakan penduduk Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru, Taman Bandar Tinggi dan Kampung Sepri terdiri daripada 54 dewasa, 28 kanak-kanak serta dua bayi lelaki.

Baca artikel lain: PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal

Beliau berkata banjir telah surut dan dijangka kesemua mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Di PAHANG, sebanyak 49 orang daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Lanchang, Temerloh.

Semakan menerusi portal public info banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati hanya Sungai Pahang di Kuala Krau (F1) Temerloh berada pada paras waspada, namun menunjukkan trend menurun.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This