SERAMAI 19,012 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan Kad Perak Sejahtera (KPS) setakat ini, dalam usaha kerajaan negeri membantu golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata, penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.
“Kad Perak Sejahtera ini boleh digunakan di 291 kedai dan pasar raya panel berdaftar, dengan nilai keseluruhan RM1,200 setahun atau RM100 sebulan bagi setiap penerima.
“Sebanyak 1,002 permohonan baharu telah diterima dan 915 permohonan telah diluluskan, dengan jumlah tertinggi diterima dari Daerah Kinta membabitkan 430 permohonan,” katanya selepas pelancaran Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penerima Program KPS di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat Ipoh, hari ini.
Baca artikel lain: Insiden gula-gula kenyal: Perak arah PBT pantau jualan di sekitar sekolah
Saarani berkata kerajaan negeri menyasarkan 20,000 penerima akan menerima bantuan tersebut dan agenda membantu rakyat akan menjadi perkara yang sentiasa diberikan tumpuan serius oleh kerajaan negeri.
“Daerah Kinta mempunyai permohonan yang tinggi, kerana daerah itu ada lima kawasan Parlimen dan mempunyai peratusan penduduk yang ramai, agendanya kita nak bantu rakyat.
“Kita komited untuk memastikan program ini terus memberi manfaat kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan akan diteruskan sebagai sebahagian daripada agenda kesejahteraan rakyat,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

