Ismail Sabri dikejarkan ke hospital selepas pengsan

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah dikejarkan ke hospital selepas didapati pengsan dan tidak sedarkan diri, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim seperti dilapor Free Malaysia Today, hari ini.

Menurut laporan itu, Ismail Sabri telah dimasukkan ke Hospital Sunway Medical Centre, Kota Damansara pada pukul 2.30 pagi tadi.

“Beliau pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Semoga diberi kesembuhan,” menurut laporan itu.

Baca artikel lain: Naik tarif tak beban 85 peratus rakyat tidak betul, tak benar – Ismail Sabri

Sementara itu, Malaysiakini memetik seorang pembantu Ismail Sabri melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri itu dipercayai mengalami serangan jantung.

Namun begitu, keadaan Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil.

Ismail Sabri, 65, merupakan Perdana Menteri kesembilan setelah mengangkat sumpah jawatan pada Ogos 2021.

Bekas Naib Presiden UMNO itu diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This