Tragedi OKU maut di LRT Titiwangsa: Anthony Loke arah aspek keselamatan dikaji, dipertingkat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ASPEK keselamatan di semua stesen kereta api khususnya berhubung kemudahan bagi golongan kurang upaya (OKU) perlu dikaji semula dan dipertingkatkan.

Perkara itu diarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam hantaran di Facebook.

Ia susulan kejadian seorang lelaki OKU penglihatan yang maut selepas dipercayai terjatuh di landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa sebelum dilanggar tren yang melintasi kawasan itu, pagi tadi.

Menurut Anthony Loke, tragedi yang berlaku di Stesen LRT Titiwangsa itu amat menyedihkan.

Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan terutama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menjalankan siasatan terperinci.

Anthony Loke berkata, Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berulang.

“Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang terkesan oleh kejadian ini.

“Smart CCTV yang berupaya mengesan perilaku berisiko akan dipasang di stesen.

“Bagi jangka masa panjang pula, Prasarana dalam perancangan untuk memasang platform screen doors (PSD) di kesemua laluan RT sebagai usaha memperkukuh keselamatan penumpang,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Baca artikel lain: OKU penglihatan maut terjatuh di landasan LRT Titiwangsa

Sementara itu, Anthony Loke turut menasihatkan penumpang termasuk golongan OKU yang memerlukan bantuan tambahan supaya menghubungi kakitangan Prasarana atau Polis Bantuan di stesen bagi memastikan keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Keselamatan dan kebajikan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Kerajaan komited untuk memastikan sistem pengangkutan awam yang lebih selamat, inklusif dan mesra pengguna demi kebaikan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan seorang lelaki OKU penglihatan maut selepas dipercayai terjatuh di landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa sebelum dilanggar tren yang melintasi kawasan itu, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur telah menerima panggilan kejadian pada pukul 8.38 pagi tadi.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa mangsa dipercayai merupakan OKU penglihatan dan dipercayai terjatuh di kawasan rel kereta api sebelum dilanggar tren yang melintasi kawasan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa yang terjatuh tanpa disedari pemandu tren.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This