OKU penglihatan maut terjatuh di landasan LRT Titiwangsa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas dipercayai terjatuh di landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa sebelum dilanggar tren yang melintasi kawasan itu, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur telah menerima panggilan kejadian pada pukul 8.38 pagi tadi.

Katanya, panggilan kecemasan melalui sistem MERS-999 yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di bawah rel keretapi.

Sehubungan itu, pihak pengurusan kecemasan telah segera mengarahkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul serta BBP Titiwangsa ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa mangsa dipercayai merupakan OKU penglihatan dan dipercayai terjatuh di kawasan rel kereta api sebelum dilanggar tren yang melintasi kawasan tersebut.

“Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa yang terjatuh tanpa disedari pemandu tren,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Penunggang motosikal maut dilanggar beberapa kenderaan

Mengulas lanjut, Bomba Kuala Lumpur memberitahu proses pengalihan mayat dari lokasi kejadian sedang dilaksanakan dengan teliti oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan proses penyiasatan berjalan lancar.

“Semua tindakan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi sepanjang operasi ini berlangsung.

“Pihak berkuasa kini sedang meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Siasatan juga akan melibatkan pemeriksaan rekod operasi kereta api pada waktu kejadian,” jelasnya.

Sementara itu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan tren di Stesen LRT PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur digantung sementara susulan kejadian.

“Sebagai langkah keselamatan, pihak operasi telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi memberi laluan pada pihak polis, bomba dan ambulans yang sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja menyelamat.

“Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan aduan terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

KERTAS siasatan berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan...

More Articles Like This