Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan tatakelola yang baik di bawah pentadbirannya.

Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam menjalankan tugas masing-masing.

“Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.

“Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka, LHDN dengan tugasnya kutip cukai dan SPRM geledah supaya menghentikan amalan rasuah.

“Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kekayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.

Anwar berkata keputusan badan penguat kuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak terlibat adalah untuk menghentikan amalan tidak beretika seperti rasuah.

Sementara itu, bersempena bulan Ramadan yang dijangka bermula awal bulan depan, Anwar berkata ia akan menjadi masa terbaik untuk umat Islam meningkatkan nilai kerohanian dan menyelami dimensi sosial masyarakat.

“Apa dia maksud (nilai kerohanian) dalam masyarakat kita? Tentunya prinsip penghargaan kepada Tuhan. Bukan nak tunjuk kepada manusia.

“Dimensi sosial pula supaya kita tahu apa erti lapar, dahaga kerana ramai di sebelah sana, jiran kita, orang kampung itu hidup dalam kesusahan,” katanya. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This