Malaysia kekal komited bantu pastikan krisis di Myanmar segera dipulihkan

Dari Penulis

MALAYSIA kekal komited untuk membantu memastikan krisis berterusan di Myanmar termasuk isu pemerdagangan manusia dapat dipulihkan, sekali gus mengembalikan keamanan serta masa depan rakyat di negara berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata isu Myanmar juga antara agenda utama perbincangan pada Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di Langkawi bulan lepas, selain memastikan pihak bertelagah di negara itu segera berhenti.

“Orang tak boleh kata walaupun dalam piagam ASEAN mengatakan kita tidak mencampuri hal ehwal negara masing-masing, tapi isu dalaman di Myanmar ini telah melangkaui sempadan.

“Ia dah menjadi jenayah antarabangsa, ada kes pemerdagangan manusia, penipuan, jenayah siber dan dadah yang juga menjadi masalah kepada negara jiran termasuk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Rembau hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata dengan tercapainya keamanan di Myanmar, ia dapat memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke tempat memerlukan di negara itu sampai tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak berkepentingan.

Baca artikel lain: Abaikan sahaja Pemuda UMNO, kata Nazri Aziz

“Kalau boleh kita nak keamanan di Myanmar dapat dikembalikan, barulah kita boleh runding duduk semeja untuk adakan pilihan raya, terpulang pada mereka nak tubuhkan apa, tetapi kepentingan ASEAN adalah memastikan krisis itu dihentikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Thailand untuk membantu membawa pulang baki 22 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) sama ada di Malaysia atau AS segera diadakan, sekali gus dapat mengekalkan hubungan baik antara ASEAN khususnya membabitkan Malaysia dan AS.

“Kita sedang menunggu respons dari AS untuk menentukan tarikh, kita tak letakkan tarikh tapi kalau boleh secepat mungkin tapi jika tak boleh, selepas Mei (boleh adakan),” katanya.

Mohamad baru-baru ini dilaporkan berkata Malaysia sedang berusaha untuk mengadakan sidang kemuncak khas itu dan ia telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This