Abaikan sahaja Pemuda UMNO, kata Nazri Aziz

Dari Penulis

VETERAN UMNO merangkap Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melihat Pemuda UMNO ketika ini hanya picisan dalam parti dan tidak mewakili rakyat khususnya orang Melayu.

Mohamed Nazri yang baru menamatkan tempoh dua tahun sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, pandangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak mencerminkan keseluruhan parti kerana hanya mewakili satu daripada empat sayap utama UMNO. 

Bahkan, kata beliau, ada yang tidak bersetuju dengan pandangan Mohamad Akmal yang dilihat keras terhadap rakan parti komponen, berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih ‘lembut’.

“Ada yang tidak bersetuju dengannya (Akmal), tetapi mereka tidak akan menyatakannya secara terbuka.

“Mereka ini majoriti senyap… Tetapi bagi saya, Pemuda UMNO sekarang hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu. Jadi, abaikan sahaja mereka,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata demikian bagi mengulas isu garis panduan agama Islam yang lantang disuarakan oleh Muhamad Akmal.

Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong, meminta Muhamad Akmal menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung garis panduan acara bukan Islam yang dihadiri oleh orang Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This