POLIS kini memburu lelaki yang dipercayai terlibat kejadian mencuri beg berisi wang tunai di sebuah kedai makan dekat Taman Paroi Jaya, Seremban, pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Hatta Che Din berkata ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek.
Sebelum itu tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup memaparkan aksi serang lelaki mencuri beg tangan di dalam sebuah kedai makan.
Menerusi hantaran yang tular di media sosial, kejadian dikatakan berlaku ketika seorang pelanggan datang ke kedai untuk membeli pisang goreng.
“Hati-hati orang Taman Paroi Jaya, Seremban. Satu kejadian curi telah berlaku di kedai mak saya. Masa kejadian datang seorang pelanggan nak beli pisang goreng, mak saya ke dapur untuk siapkan pesanan dia.
“Setelah mak ke dapur, dia masuk ke kedai ambil beg ketika mak saya sedang leka menggoreng pisang. Kebetulan pada waktu itu mak saya tinggal seorang saja,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Jelasnya, kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak RM5,000.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

