DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempunyai sebarang perancangan atau cadangan untuk ‘menghapuskan’ tulisan Cina daripada papan tanda di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, DBKL dalam kenyataan menyangkal dakwaan bahawa terdapat cadangan untuk membuang tulisan Cina pada papan tanda tersebut.
Menurut DBKL, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“DBKL menegaskan bahawa papan tanda yang dipasang di kawasan pusat penjaja Jalan Petaling telah mematuhi garis panduan dan dasar yang ditetapkan.
“DBKL juga ingin menjelaskan bahawa setiap keputusan berkaitan papan tanda dibuat dengan merujuk kepada Undang-Undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan 1982 serta turut mengambil kira aspek warisan, budaya dan keperluan komuniti setempat.
“Sebarang perubahan terhadap papan tanda akan melalui proses pertimbangan yang teliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, DBKL menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan yang tidak berasas itu.
Baca artikel lain: DBKL urus penuh bazar Ramadan, Aidilfitri pastikan kadar sewaan berpatutan, tingkat tahap pengurusan
Pada masa sama, orang ramai juga diminta merujuk kepada DBKL untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
“DBKL juga akan terus komited dalam memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang inklusif serta menghormati kepelbagaian budaya dan warisan semua kaum,” katanya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan MCA membantah keras “cadangan” yang memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Ang Say Tee bahawa perkara itu sedang dalam pertimbangan.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata isu papan tanda Jalan Petaling itu tidak harus menjadi isu selagi tulisan bahasa kebangsaan yang digunakan lebih besar.
Dalam bahasa Cina, Jalan Petaling dikenali sebagai Jalan Kilang Ubi Kayu sempena kilang ubi kayu yang ditubuhkan oleh Yap Ah Loy, antara tokoh pembuka Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

