YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, mesyuarat selama hampir dua jam itu antara lain membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan gerak kerja selain majlis-majlis rasmi akan datang.
Sabtu lepas, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara.
Pada 7 Feb lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, diikuti dengan kenyataan yang memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang) di luar negara.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

