YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan khas selama sehari ke Brunei, semalam.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pagi tadi.
Baca artikel lain: Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
“Terdahulu, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim,” menurut hantaran itu.
Semalam, dilaporkan lawatan khas Yang di-Pertuan Agong berkenaan mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dengan Brunei, yang telah terjalin lebih 40 tahun lepas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

