Majlis Media Malaysia adakan mesyuarat agung pertama Jumaat ini

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Media Malaysia (MMM) akan mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada 7 November ini, selepas menanti lebih 50 tahun untuk penubuhannya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pada mesyuarat itu nanti akan diadakan pengundian dan pemilihan lembaga majlis yang baharu.

“Menerima kunjungan Pengerusi Interim Majlis Media Malaysia (MMM), Premesh Chandran, sebentar tadi.

“Saudara Prem singgah ke pejabat saya di Parlimen untuk memberikan taklimat berhubung Mesyuarat Agung Pertama MMM yang dijadualkan berlangsung pada 7 November ini.

“Justeru, saya harap MMM akan menjadi wadah yang mampu memperjuangkan kepentingan dan profesionalisme industri media di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Polis buru Namewee berhubung kematian seorang aktivis media sosial

Pada masa sama, beliau mendoakan agar Mesyuarat Agung MMM dan proses pemilihan pada Jumaat ini berjalan lancar seperti mana dirancang.

“Semoga MMM terus berkhidmat sebagai badan media yang bebas, beretika dan berwibawa dalam memperkukuh landskap media negara,” katanya lagi.

Menerusi laporan media, kerajaan baru-baru ini menandatangani pewartaan rasmi bagi penubuhan Lembaga Pengasas MMM sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh landskap media negara.

Lembaga itu dianggotai 12 individu daripada empat wakil masing-masing dari syarikat media, persatuan media dan pengamal media bebas serta ahli bukan media.

Penubuhan MMM antara inisiatif reformasi industri media yang sedang digerakkan kerajaan bagi memastikan kebebasan, akauntabiliti dan profesionalisme dalam sektor media kekal terpelihara dan diperkukuh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This