PENUBUHAN Majlis Media Malaysia (MMM) dipercayai dapat memayungi pengamal media yang ketika ini tiada tempat berteduh untuk mengadu berhubung sebarang permasalahan dialami.
Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media, Mohamad Azfar Afandi Zulkfley berkata, sekarang jumlah pengamal media semakin ramai susulan daripada kewujudan portal-portal yang tumbuh pesat bak cendawan selepas hujan.
Oleh itu, katanya, perlu ada satu badan diiktiraf untuk memantau atau membela nasib para pengamal media, pada masa sama menjadi tempat mereka mengadu nasib atau mengetengahkan pelbagai masalah dialami berkaitan dunia pekerjaan ini yang semakin mencabar.
“Sebelum ini kita tiada majlis cuma ada NGO-NGO sahaja, jadi kewujudan Majlis Media Malaysia boleh dikatakan sebagai suara bagi para pengamal media untuk terus kepada kerajaan.
“Saya juga berharap majlis boleh perhatikan dalam aspek kebajikan pengamal media, ada di antara mereka tiada pekerjaan, gaji lambat. Harap selepas ini majlis boleh perbaiki daripada aspek tersebut.
“Kita tengok sekarang media ini sudah macam tak terjamin, media sudah terlampau banyak tak seperti dulu, kalau dulu ada dua tiga syarikat sahaja itu pun media besar sekarang ada portal dan kehadiran mereka tak boleh nak kawal,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Industri media Malaysia melakar sejarah baharu apabila Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat, semalam selepas 50 tahun penubuhannya dibincangkan.
RUU yang bertujuan antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Baca artikel lain: PM terima kunjungan Sergei Shoigu, bincang tingkat hubungan dua hala
RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu.
Ketika membentangkan RUU MMM 2024 untuk bacaan kali kedua, Nie Ching, berkata RUU itu digubal dengan hasrat industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus media di Malaysia.
Sementara itu, pengamal media dari KL Broadcast, Izwan Khairuddin berharap, MMM dapat memainkan peranan lebih aktif untuk membawa segmen pekerjaan ini sama taraf dengan golongan profesional lain.
“Penubuhan Majlis Media Malaysia ini bagus, sekurangnya media ada tempat untuk kita suarakan apa yang tak betul. Pada masa sama boleh mengadu terus di situ sekiranya perlukan bantuan.
“Ia boleh dikatakan seperti tempat rasmi untuk para pengamal media bersuara, selama ini susah dan tak tahu nak mengadu kepada siapa, sekuranya MMM jadi tempat untuk media bergantung,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

