PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui peranan penting yang dimainkan oleh rakan media khususnya dalam menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.
Beliau turut menegaskan bahawa situasi yang dihadapi oleh media ketika ini lebih mencabar terutama dalam era yang sarat dengan maklumat dan persepsi.
Beliau berkata demikian selepas meraikan rakan-rakan media serta para pempengaruh dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana.
Dalam majlis sama, Perdana Menteri berkesempatan menyaksikan penyampaian sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup.
Katanya, sumbangan adalah sebagai tanda keprihatinan serta membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
“Semoga Ramadan yang mulia ini terus menyuburkan nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam membangun Malaysia MADANI yang lebih adil, berperikemanusiaan dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

