PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melancarkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Ayer Hitam hari ini.
Majlis yang dijadualkan bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 yang melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion dengan keluasan sekitar 11,000 hektar.
Baca artikel lain: RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika – MPI
Projek itu dijangka meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus serta melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.
Pada majlis hari ini, Anwar juga dijangka menyerahkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan Bantuan Banjir Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) kepada pesawah.
Sebelum melancarkan program berkenaan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Para Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Dewan Konvensyen AIU pada 1.30 tengah hari.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

