Perkhidmatan e-Filing untuk tahun taksiran 2024 dibuka mulai esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBAYAR cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui perhidmatan e-Filing mulai esok, 1 Mac 2025.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-filing.

Menurut LHDN, perkhidmatan itu boleh dilayari menerusi gerbang portal MyTax.

LHDN memberitahu, pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan itu secara terus ke portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my.

Selain itu, pembayar cukai juga boleh mengakses melalui portal rasmi LHDN iaitu https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

“Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-Filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax.

“Pembayar cukai hendaklah memastikan telah mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing.

“Kategori BN itu merangkumi BE, B, M, BT dan MT untuk pembayar cukai individu; E dan C.P.8D untuk majikan atau wakil majikan.

“Pengarah syarikat, pentadbir organisasi atau wakil pengarah tertakluk di bawah kategori P dan TF manakala pengarah syarikat atau pentadbir organisasi di bawah kategori TJ dan pentadbir pusaka pula kategori TP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: LHDN tubuh CPCA, mula beroperasi awal tahun

Mengulas lanjut, LHDN menasihatkan pembayar cukai membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2024.

Sekiranya terlupa kata laluan, LHDN memberitahu pembayar cukai boleh set semula kata laluan dengan klik di ‘Lupa Kata Laluan’ dalam portal MyTax dan memilih medium set semula.

“LHDN ingin mengingatkan bahawa kegagalan mengemukakan BN dan melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan di bawah Subseksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang mengenakan hukuman denda RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Penalti juga boleh dikenakan kepada pembayar cukai lewat mengemukakan BN berdasarkan tempoh kelewatan selepas tarikh akhir mengemukakan BN.

“Pembayar cukai boleh dikenakan penalti 15 peratus jika lewat sehingga 12 bulan; 30 peratus jika melebihi 12 bulan hingga 24 bulan dan penalti 45 peratus sekiranya melebihi 24 bulan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This